Friday, April 19, 2013

Trip to KL versi 2

Hai :) Assalamualaikum . 

Now sambungan last post about trip. Lepas 3jam berjalan aku rasa kepala lutut ni dah macam nak tercabut. We move to Snowalk I-city. Amboi? 'We move' kata kau !  First in my head before sampai dekat sana ialah bosan . Sebab apa yang aku faham tentang I-city ialah

                             "lampu! lampu! lampu! " 

Sampai petang tu macam tak menarik je . Bila betul-betul dah sampai depan gerbang I-city rasa macam kena pukau. HAHA . Dalam hati ni cakap

    "Ohh my god! I can't believe it. Ingatkan I-city only have lampu liplapliplap je. Macam-macam adooo"

Terpegun tengok ada mat saleh tu main dekat 'WATERWORLD I-CITY' . HAHA. (menggedik lagi kau) Lepastu , check ticket Snowalk I-city . Tunjuk ticket > Sewa locker > Pakai baju sejuk > masuk > mengigil > blablabla . HAHA
Wa tak mau cakap manyak , sekalang wa kasu luu tengok ini gambar-gambar wa sama konco-koco wa dekat sanaa






                            



Ini sahaja gambar-gambar untuk tatapan umum selebihnya 18 above . HAHA , lawak okay lawak. Dengan ini aku isytiharkan bahawa tempat HARUS DAN MESTI dikunjungi sebelum anda berkunjung diluar negara.

Dan kepada sesiapa yang ingin merasa menetap seperti di London , Ausralia atau mana-mana negara beriklim sejuk , datanglah sini . Rasailah kesejukannya. Tapi memang takboleh blah , keluar dari Snow tu semua bibir biru. HAHA. Aku pulak sampai dah balik melaka 2,3 hari dah bibir bukan biru dah tapi bibir pecah. Kesian kiter (muka seposen)

Abah cakap
 "baru je jejak Snowalk kat malaysia 3jam je, bibir akak dah pecah-pecah . Macam mana nanti kalau Abah hantar akak dekat London. Entah-entah akak kat sana dah boleh jadi ais beku. HAHA"

Aku
"Macam ye-ye je abah ni  -_______- " 

Sunday, April 14, 2013

Trip to KL

Assalamualaikum w.b.t

Hai awak awak sekalian. Hari ini saya akan berkongsi saat saat manis saya bersama-sama sahabat yang disayangi . Eh ! Formal nau ayat aku , yelakan , nak belajar buat karangan nanti . HAHA . Okay , back to the story . Makan angin ? Sebab itu perut aku buncit kan . Asyik suap angin dalam perut jeh . HAHA , serius sheera serius . Sebenarnya , bukan makan angin , cuma jalan-jalan di luar kawasan saje .

13 April 2013 - Pagi di Berjaya Times Square (BTS)

Jam 9.45 pagi dah sampai depan pintu utama BTS . Ramai dah tunggu kat luar .BTS katanya jam 10 pagi baru buka . Tunggulah sampai jam 10 pagi . Tepat jam 10 pagi , semua serbu , HAHA . 

" baik , dengar sini pelajar , kamu ada 3jam . Tepat jam 1 petang semua berkumpul dihadapan . "

Aku , danie , myra . 3 serangkai ni berjalan-jalan bersama . Kami naik 9th floor dah habis rounder lepastu 8th sampailah ground. Ya Allah , rambang mata dibuatnya . Masuk kedai one by one . Dah pilih-pilih yang berkenanan lepastu

" nak ke taknak ? Kejap lagilahh , rounder lain kedai dulu manelah tahu lagi cheap ke . "
" A'ah , jom masuk kedai tu ." 
" nak ke taknak ? Kejap lagilahh , rounder lain kedai dulu manelah tahu lagi cheap ke . "

Haha , macam tulahh , masuk keluar masuk keluar , nantilah nantilah nantilah . Last last , haprak 1 barang pun takde . Sedih okay sedih . Danie beli red puplum & 2 keychain kpop , Myra pulak beli kemeja for her boyfriend . Aku ? HAHA , hanya mampu beli Big gulp 7eleven jehh . 

                                                        Teng-teng versi jelly ungu, HAHA.

Lepastu ke masjid untuk solat fardhu zohor , kat sana aku dapat beli 2 perfumes untuk bawa balik melaka. Jadilah tuu . Selesai itu , kami ke , ke , ke , ke JENG JENG JENG .......
Snowalk i-city Most the best .  Nak tahu  ? sambung nanti yaww .